Antara pakar motivasi yang saya kagumi ialah Prof Dr Muhaya.Saya sering menontonnya di kaca tv.Mendengar sahaja suaranya membuat kita rasa seronok mendengar setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya.Begitu lembut dia berbicara.Saya juga mengikutinya di laman sosial Facebook dengan mengikut statusnya yang lebih memberi tumpuan kepada motivasi kehidupan untuk semua.Beliau juga pakar mata!
Antara status-statusnya di FB:
Jika kita berjuang dijalan Allah tetapi akhlak kita dan anak anak kita tidak membahagiakan orang keliling kita audit semual akhlak kita terutama cara bercakap dan lihat berapa orang menerima apa kita perkatakan. jika kita tidak melabur dalam akaun emosi dgn kata kata yg baik sebagaimana baginda Nabi Muhammad saw bagaiman kita ingin berdakwah. segedung akhlak diperlukan untuk mendapat 1 dinar ilmu. salah satu ciri pendakwah ialah husnul khuluq iaitu akhlak yang baik. Jom audit diri kita. Walau apa kita sebut tetapi hati tidak jelas dan tidak diberi dgn kasih sayang tetapi sindiran sampai bila tidak akan sampai pada hati orang didepan kita
Jadikan sifat menyayangi dan memahami orang lain cara hidup kita
Hari ini cuba ajak anak anak berlakun jadi orang baik dan bincang bagaimana seronoknya jadi orang baik. ini akan mengubah fokus kepada kebaikan. " Act as if" ini akan memberi emosi positif. lepas ini kalau dia nakal kita ingatkan dia bagaimana seronoknya dan bahagia bila jadi baik. ini cara baik untuk bonding time dgn anak anak. Lihat bagaimana anak anak akan minta supaya sesi ini diulangi. Ini dipanggil training dalam akhlak. Ini akan hilangkan bosan. Beri hadiah setiap kali lepas sesi. Ibu bapa jadi trainer. Contoh latih cara hormat orang tua, cara simpan duit , cara membeli belah, cara menjdi amanah tec. Ibu bapa semua " be creative' kurangkan masa di komputer dan ambil peluang hari cuti interaksi dgn keluarga
Malam ini sebelum anak kita tidor ajar mereka niat nak bangun awal dan rasa gembira nak pergi sekolah untuk jadi orang baik dan bijak. Sebut kebaikan mereka sebelum tidor supaya imej positif masuk kedalam minda bawah sedar mereka
Teliti diri kita dan anak kita supaya mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw
Semakin negatif emosi kita semakin nakal anak anak kita. Lihat pada anak anak selalunya cermin emosi, fikiran dan akhlak kita. Bila kita ambil tanggung jawab pada apa yg berlaku kita tidak akan menyalahkan orang dan cuba ubah orang tetapi lihat dan refleksi diri dan ubah dunia dalaman kita untuk ubah dunia luaran kita. Suamimisteri yang tidak loving sesama mereka tidak memberimcontoh yg baik pada anak anak yang payah tunjuk kasih sayang pada adik beradik mereka. Lihat perangai kitandan kenang pengalaman masa kecil dan jgn ulang benda yg sama pada anak anak dan henti menyalahkan ibu bapa yang bertindak setakat mana ilmu mereka
Hari ini cuba deposit kedalam akaun emosi keluarga kita dengan pujian, penghargaan dan elakkan kritikan. Tukar nada bercakap dari kasar kepada kelembutan dan lihat bagaimana emosi kita berubah dan orang dikeliling kita
Para isteri taati suami, para suami hormati isteri sentiasa dan jadilah pasangan yg setia. Bila nak buat perkara tak baik ingat anak anak akan dapat balasan. Jgn menyesal bila dan tua dan sakit nanti
Didik anak kita dgn akhlak dan cara hidup Islam.-Dr Danial
Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat
Berapa orang ibu bapa fikir macam mana nak besarkan anak menjdi orang berkeyakinan dan macam mana tingkatkan kemahiran berkomunikasi untuk lebih bahagia dalam rumah tangga. Berapa orang pilih uk hadiri seminar, beli audio mook atau buku atau apa program yang memberi ilmu. Meka rela belanjakan wang kepada perkara tanpa nilai. Lihat dan audit apa kita belanja bulan lepas memperbaiki diri. Berapa banyak kita beli barang dgn duit kita tak ada utuk beli barang tak perlu utk tunjuk pada orang tak suka.
No comments:
Post a Comment